Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia

2019-09-02 09:38:00

WAQAF PEYATIM


Apakah Waqaf PEYATIM?

Waqaf tanah tapak University College Bestary di atas tanah seluas 320 ekar terletak di Lot 3214 Mukim Tasik, Setiu Terengganu. Waqaf ini telah dilancarkan oleh Yang DiPertuan Agong ke 13 Malaysia iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Disember 2010 (27 Zulhijjah 1431H) bertempat di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. 



Cara Berwaqaf

1. Secara Online. Pembelian waqaf lot (RM30/lot bersaiz 0.1m persegi) dengan klik pada pautan di bawah:

https://app.senangpay.my/shop/ym37


2. Direct Debit / Standing Instruction (SI) bermula dari RM10.00/sebulan. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Yawatim seluruh Malaysia. Klik BORANG DIRECT DEBIT WAQAF  PEYATIM (BIMB) di bawah bagi tujuan waqaf secara bulanan dari akaun gaji (Tidak perlu kelulusan ketua @ pentadbir organisasi). Setelah lengkap diisi, borang ini boleh terus dihantar secara pos ke alamat di bawah:

YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA No 37, Jalan Nirwarna 39, Taman Nirwarna, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

3. Secara Pindahan Akaun atau CDM menerusi akaun YAYASAN WAQAF PENDIDIKAN ANAK YATIM ATAU MISKIN MALAYSIA (Bank Islam Malaysia Berhad 1403 2010 0907 60).  Slip bank perlu di WhatsApp ke 017-5047707 bersama-sama butiran Nama Penuh, No Kad Pengenalan, Alamat untuk pengeluaran resit dan sijil. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 017-504 7707 (Pengurus YAWATIM bagi Negeri Perlis)

4. Waqaf secara terus. Berhubung terus dengan Pengurus-Pengurus Negeri Yawatim seluruh Malaysia.

5. Kaunter Pos Malaysia seluruh Malaysia, Pasaraya Mydin, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

Segala derma yang diberikan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan (Rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.3872). Sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi Yawatim Negeri-negeri di bawah: 

Perlis

YAWATIM PERLIS

Borang Direct Debit Waqaf PEYATIM (BIMB)
YAWATIM PULAU PINANG

YAWATIM SELANGOR


Messages