Kampung Malaysia - Wakaf Perumahan Pelarian Syria

2020-04-04 00:58:03




Syria Care kini memulakan projek penempatan pelarian Syria secara tersusun di Idlib, Syria. Bagi menampung Projek yang dinamakan sebagai Kampung Malaysia itu pihak kami memperkenalkan Konsep Wakaf Perumahan Pelarian Syria. 



Bagi fasa 1 ini sebanyak 20 unit rumah akan didirikan dengan kos RM151,800.00. Bagi setiap unit rumah, ia memerlukan 253 lot wakaf. Bagi tujuan berkenaan kami menawarkan pelan wakaf dari harga RM30 bagi setiap lot yang berkeluasan 2 kaki persegiBagi merealisasikan projek ini, Syria Care merayu agar rakyat Malaysia untuk sama-sama mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh melayari laman web Syria Care.

Fasa Pertama Pembinaan Kampung Malaysia di Idlib, Syria yang dibangunkan hasil sumbangan orang ramai melalui Syria Care telahpun dimulai pada 1 April 2020. Di bawah projek berkenaan ia akan menempatkan pelarian baru dengan lebih tersusun berserta kemudahan asas. Ia membabitkan pembinaan 292 buah rumah dengan kos keseluruhan RM2,214,265.20. Sebuah masjid, sekolah, mini market, klinik dan padang mainan juga akan dibangunkan bagi melengkapkan prasarana di penempatan ini. Kepada rakyat Malaysia yang ingin menyumbang, Syria Care memperkenalkan Konsep Wakaf Perumahan Pelarian Syria di mana orang ramai boleh membuat wakaf minimum RM30.00 bagi setiap dua kaki persegi. Sekiranya berjalan lancar, projek yang terletak di Al Bardaqli, Atma dijangka siap dalam tempoh empat bulan.









Messages