TABUNG KECEMASAN LUBNAN

2020-08-06 06:22:42

Kita dikejutkan dengan satu berita mengenai letupan maha dahsyat berlaku di Lubnan. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menzahirkan rasa simpati dengan rakyat Lubnan atas tragedi hitam ini.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai letupan tersebut:
  1.  Kementerian Kesihatan Lubnan merekodkan bahawa sekurang-kurangnya 78 kematian dan 4,000 orang mengalami kecederaan.
  2. Impak letupan kecil disusuli dengan letupan yang maha dahsyat cukup untuk menghancurkan sebuah bandar.
  3. Krisis ekonomi yang teruk di Lubnan serta penularan wabak COVID-19 menambahkan lagi derita rakyat Lubnan.
  4. Salah satu rakan NGO kami di Lubnan, Ghirass for Society Development turut terkesan.  Pada tahun 2016, Ghirass juga terlibat dalam Program Penempatan Migran Syria di Malaysia yang dianjurkan Kerajaan Malaysia.
  5. Dalam jarak 1km dari letupan, terdapat pelbagai kemudahan  yang musnah seperti Hospital Besar St. George, Masjid, Gereja, Universiti, Istana Grand Serail dan lain-lain.
  6. Tular video-video di Internet menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di jalan, bapa membawa jenazah anaknya serta ratusan mangsa memenuhi ruang luar hospital.
Atas dasar menjunjung kemanusiaan, pihak MyCARE mewakili rakyat Malaysia akan menyalurkan sumbangan bantuan kepada penduduk Lubnan yang terkesan dengan tragedi ini. 



Sumbangan yang akan disalurkan berupa:
  1. Bantuan perubatan kecemasan kepada mangsa
  2. Pek Makanan kepada keluarga terkesan
  3. Perbelanjaan kediaman yang musnah
Atas dasar kemanusiaan, ayuh bersama kami meringankan beban sahabat-sahabat kita di Lubnan. Salurkan sumbangan anda sekarang di:

TABUNG KECEMASAN LUBNAN

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-4815584 atau melalui WhatsApp di bawah:

WHATSAPPBENCANALUBNAN

#Pray4Beirut #Pray4Lebanon #DoaUntukLubnan #DoaUntukBeirut #BeirutExplosions #BeirutAid #LebanonAid #TabungKecemasanLubnan #MyCARE #MyCAREvolunteers

.............................................................................................................................

Tambah SAHAM AKHIRAT dengan waqaf PEYATIM. Hanya klik di bawah:

Jom Waqaf Bersama PEYATIM
PELUANG MENYUMBANG KEPADA INSTITUSI LAIN
Tuan/puan boleh menyumbang kepada pelbagai masjid, NGO dan sekolah dengan memuat turun aplikasi IHSAN dengan klik Download Aplikasi Ihsan di bawah:

Download Aplikasi IHSAN

Messages