Saban hari kita dipaparkan dengan berita kekejaman rejim Zi0nis ke atas rakyat Palestin walaupun pandemik COVID-19 ini sedang melanda. Kita dikejutkan dengan berita-berita rejim Zi0nis giat meroboh pusat-pusat saringan COVID-19, meroboh rumah rakyat Palestin, menyekat masuk bantuan perubatan dan alatan COVID-19, menangkap pegawai kesihatan, menceroboh masuk hospital dan merampas peralatan dan banyak lagi yang berlaku di Tebing Barat.
Gaza pula dihujani dengan bom sepanjang 10 hari berturut-turut tanpa mendapat perhatian media antarabangsa. Kekejaman rejim Zi0nis menambahkan lagi derita saudara-saudara kita. Tiada punca pendapatan, hilang tempat tinggal, harga Face Mask dan Sanitizer melambung tinggi, dan lain-lain.
Justeru itu, pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengajak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk meringankan beban saudara-saudara kita di Palestin.
MyCARE akan menyalurkan bantuan dalam bentuk:
1. Kit Kesihatan
2. Pek Makanan
Salurkan sumbangan anda segera melalui pautan di bawah:
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019-481 5584 atau secara WhatsApp melalui pautan di bawah:
#COVID19 #MyCARE #Malaysia #Palestin #HumanitarianAid #Medical #Food #MyCAREspreadthecampaign #MyCAREvolunteers #volunteeractivities
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom Berwaqaf dengan waqaf PEYATIM (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia). Klik pada pautan di bawah:
Muat turun IHSAN di google play untuk peluang infqq kepada pelbagai masjid, NGO, sekolah dan tahfiz berdaftar. Klik pada pautan di bawah: