Projek belanja pelajar makan dan beli alat tulis

2021-03-11 00:20:29

Jom BELA.JAR: Bersama Sekolah Bantu Pelajar ialah satu projek usahasama mengumpul dana di antara Aplikasi Ihsan dan sekolah melalui PIBG Sekolah. Projek ini memBELA nasib PELAJAR agar mereka dapat hadir ke sekolah dengan rasa seronok kerana keperluan semasa belajar di sekolah dapat dipenuhi.

Sumbangan yang terkumpul ini akan digunakan oleh sekolah (melalui Koperasi Sekolah) untuk menyediakan makan dan minum dan pembelian alat tulis kepada pelajar yang layak menerimanya. 


Menginsafi akan kepayahan yang ditanggung oleh ibu bapa untuk belajar, IHSAN membuka peluang kepada para dermawan untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang sedang diduga dengan cabaran hidup. 

INTIPATI Projek Jom BELA.JAR

  1. Masyarakat membantu sekolah dalam menyediakan makanan dan minuman serta pembelian alat tulis kepada pelajar yang berkelayakan.
  2. Sekolah mengenalpasti pelajar yang layak berdasarkan rekod yang ada.
  3. Sumbangan boleh dibuat secara Online Banking (FPX) menggunakan toyyibpay dengan caj RM1.00 dikenakan kepada penyumbang bagi setiap transaksi.
  4. Sumbangan juga boleh dilakukan secara online transfer dan cash deposit machine (CDM) terus ke akaun PIBG sekolah. Penyumbang perlu menghantar Slip Bank tersebut melalui aplikasi WhatsApp kepada pegawai incaj dengan catatan "Jom Belajar" untuk rekod sekolah.
  5. Sekolah menggunakan kutipan yang diterima dengan melantik pengusaha kantin untuk membekalkan makanan dan minuman manakala melantik pula koperasi sekolah untuk membekalkan alat tulis

Tiada bantuan tunai diberikan kepada pelajar di dalam projek Jom BELA.JAR ini.

Sekolah yang berminat untuk menyertainya boleh WhatsApp atau hubungi IHSAN di 017-504 7707.


Butiran yang diperlukan adalah seperti di bawah:

NAMA SEKOLAH:
ALAMAT SEKOLAH:
NOMBOR TELEFON SEKOLAH:
NAMA PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB:
NO. TEL PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB:
NOMBOR AKAUN PIBG SEKOLAH:
NAMA BANK:
NAMA PEMILIK AKAUN BANK:

Lampiran diperlukan

Gambar sekolah (Pintu masuk dengan logo sekolah) dan maklumat penyata bank PIBG sekolah yang memaparkan dengan jelas nombor akaun dan alamat surat menyurat.

................................................................................ 

Sumbangan waqaf untuk pendidikan anak yatim dan miskin. Klik Waqaf PEYATIM:

WAQAF PEYATIM

Messages