SURAU SMK SG KARANGAN, PADANG SERAI KEDAH

2022-12-17 13:24:41

 

DANA PEMBINAAN SURAU SMK SUNGAI KARANGAN

Idea pembinaan Surau SMK Sungai Karangan ini bermula sejak tahun 2018 lagi.  PIBG SMK Sungai Karangan dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dana pembinaan dianggarkan berjumlah RM 470,000.00. Satu jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk menggerakkan kutipan Dana Pembinaan SURAU SMK SUNGAI KARANGAN yang diketuai YDP PIBG dan Pengetua SMK SUNGAI KARANGAN. Menjelang PRU14 pada tahun 2018, Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM di bawah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah telah menyumbang dana permulaan untuk Surau SMK SUNGAI KARANGAN berjumlah RM50,000.00.  Sejak itu sehingga 30 Jun 2022, dana surau bertambah menjadi RM86,646.21 (rujuk Penyata Bank bertarikh 30/6/22).  Daripada maklumat terakhir bulan November, 2022, Penyata Bank bagi Dana Pembinaan SURAU SMK SUNGAI KARANGAN sudah mencecah RM100,000.00. Pihak JPN Kedah telah memaklumkan bahawa proses pembinaan Surau SMK Sungai Karangan hanya boleh dimulakan sekiranya dana terkumpul sudah mencapai 80 % dari jumlah disasarkan iaitu RM376,000.00. Sejak itu, pelbagai usaha dibuat oleh semua warga SMK Sungai Karangan untuk mengumpulkan Dana untuk Pembinaan SURAU SMK SUNGAI KARANGAN agar dapat dizahirkan. 


Surau di kawasan sekolah ini satu keperluan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti di bawah Panitia Pendidikan Islam seperti solat berjemaah, amali solat, ceramah keagamaan, bacaan Yassin mingguan dan PdP mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri boleh diadakan di surau sekolah, jika ada.

Sejak sekian lama, semua guru dan pelajar terpaksa menggunakan bilik darjah yang dijadikan Surau Sementara untuk solat zohor berjemaah, itu pun secara bergilir.  Bacaan Yassin mingguan pula dijalankan di Dewan Seri Bestari setiap pagi khamis. Jadi, dengan adanya bangunan Surau Baharu SMK SUNGAI KARANGAN ini akan menyemarakkan lagi program kerohanian dan pembangunan sahsiah murid muslim yang melepasi angka 600 orang berbanding 740 pelajar keseluruhannya. Insya Allah...dengan bantuan aplikasi Ihsan, hasrat ini akan tercapai tidak lama lagi.

SEKOLAHSMK SUNGAI KARANGAN
ALAMAT

SMK SUNGAI KARANGAN, BELAKANG BALAI POLIS SUNGAI KARANGAN, 09410 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN.

NO TEL/ EMAIL

04-485 8590 / smksungaikarangan.kbb@gmail.com

PENGETUA

ROSLIZA BINTI GHAZALI 

NO TEL PENGETUA

019 557 2002 

NAMA PK PENTADBIRAN

ABDUL TALIB BIN SULAIMAN 

NO TEL PK PENT.

011 2774 3210 

NO WHATSAPP

011 2774 3210 

NO AKAUN BANK

0205 7010 0440 29 

NAMA PEMILIK AKAUN

PEMBINAAN SURAU SMK SUNGAI KARANGAN 

NAMA BANK

BIMB (CAWANGAN KULIM) 

  

SUMBANGAN MELALUI ONLINE BANKING (FPX)

Perkhidmatan online banking (FPX) ini disediakan oleh TOYYIBPAY SDN BHD. Penyumbang dikenakan caj RM1.00 bagi setiap transaksi. Sumbangan pembinaan dana surau SMK Sungai Karangan boleh dibuat melalui pautan di bawah:

ONLINE BANKING
Sekolah boleh dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dengan pautan di bawah

WHATSAPP PKSEKOLAH 


Menyumbang untuk pendidikan anak-anak yatim dan anak-anak miskin di Malaysia, klik http://bit.ly/WaqafPEYATIMOnpay

sertai WA group IHSAN untuk mendapatkan lebih banyak link infaq dan waqaf, klik https://bit.ly/pautaninfaqdanwaqaf


Messages