IHSAN BUKAN SEKADAR APLIKASI INFAQ
Aplikasi IHSAN dibangunkan untuk menggalakkan amalan berwaqaf dan bersedekah di kalangan masyarakat secara tanpa tunai (cashless).
MASJID, SEKOLAH/TAHFIZ BERDAFTAR, SURAU SEKOLAH, NGO, Pertubuhan yang berdaftar dan rumah anak yatim boleh menggunakan aplikasi IHSAN untuk mendapatkan derma dari orang ramai. Maka dengan cara ini sumbangan dapat ditingkatkan.
Jika ada pihak masjid/NGO/sekolah/tahfiz yang berminat untuk menyertai IHSAN, pohon isikan borang di bawah untuk pihak IHSAN teliti terlebih dahulu sebelum dimuatkan di dalam aplikasi dan website IHSAN
Di dalam IHSAN, pengguna boleh melihat maklumat asas sesebuah institusi yang memerlukan sumbangan. Ia termasuklah info penting seperti alamat, nombor telefon, nombor WhatsApp dan gambar-gambar institusi tersebut. Pengguna boleh memilih untuk menyumbang secara:
1. CDM/ONLINE TRANSFER
Penyumbang boleh terus menyumbang kepada institusi yang dihajati melalui nombor akaun bank yang diberikan.
2. ONLINE BANKING (FPX)
Penyumbang boleh terus menyumbang menggunakan FPX seperti senangpay, Toyyibpay dan Billplz institusi yang dihajati dengan terus klik pada pautan yang disediakan. Ihsan menggunakan perkhidmatan FPX yang disediakan oleh TOYYIBPAY SDN BHD.
RUANG IKLAN (IKLAN SAMBIL INFAQ DI IHSAN)
Selain itu, Ihsan turut menyediakan RUANG IKLAN kepada mereka yang berminat. Bayaran sebanyak RM50.00/setahun dikenakan (Untuk kos penyelenggaraan dan hebahan aplikasi IHSAN kepada masyarakat). Secara tidak langsung, pengiklan membantu Ihsan untuk terus digunakan sebagai medium untuk masyarakat menyumbang. Klik pautan di bawah untuk membuat pembayaran.
https://toyyibpay.com/ruangiklanihsan
Sebarang pertanyaan lanjut dan apakah butiran yang diperlukan, klik pada pautan di bawah:
https://iklandiihsan.wasap.my/
Informasi Bermanfaat
Ihsan turut menyediakan informasi & pautan bermanfaat untuk kegunaan masyarakat. Berikut ialah infomasi tersebut:
01 | Waktu solat Malaysia |
02 | Kalendar tahun semasa |
03 | Read and understand Quran |
04 | Bayar bil eletrik |
05 | Aduan kepenggunaan |
06 | Bacaan 30 juzuk AL-Quran |
07 | Senarai perkhidmatan pembaikan alatan rumah |
08 | Senarai perkhidmatan tunda kenderaan |
09 | Ramalan cuaca Malaysia |
10 | Koleksi video ceramah |
11 | Mutiara Hadith |
12 | Koleksi buku rumah Fiqih Indonesia |
13 | Informasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) |
14 | Bacaan dan terjemahan surah-surah pilihan dalam Al-Quran |
Muat turun IHSAN, sila klik link